Bersama Memartabatkan Jawi

Wednesday, April 29, 2009

Jadual Seminar 2009

JANUARI 2009

9 (Jumaat) - Qiraati Asy-Syabab (Guru)
24, 26 & 27 - SMUA Nurul Huda, Tumpat (Ting 1-3)

FEBUARI 2009

20 (Jumaat) - Maahad Tahfiz Bunut sarang Burung, Tumpat
21 & 28 (Sabtu) - Sultan Ismail College :: SIC :: (PMR)

MAC 2009

15 & 16 - SMK Kuala Krai (PMR & SPM)
28 (Sabtu) - SMK Sultan Ibrahim 1, P. Mas (PMR & SPM)

APRIL 2009

17 (Jumaat) - SK. Chenulang (LDP - Guru)
24 (Jumaat) - SM Teknik Muadzam Shah (SPM)

Mei 2009

3 (Jumaat) -
4 (Sabtu) -
5 (Selasa) - SMA Tengku Amalin A'ishah Putri (Pelajar)
6 (Rabu) - SK Gong Dermin, (GPI, j-QAF & KAFA - LDP)
11@12 - PPD Pasir Puteh. (GPI SR & SM, j-QAF)
15 (Juamaat) -
16 (Sabtu) - SK Lundang (GPI, j-QAF & KAFA - LDP)
23 (Jumaat) -
24 (Sabtu) -


Sekiranya pihak anda berada di luar kelantan, dan berminat untuk mendapatkan khidmat seminar dari saya, Sila pilih hari JUMAAT & SABTU pada mana-mana tarikh yang belum tertera di atas
.
(Namun Bergantung juga pada jadual Pribada saya).

=========================================================

Buku teknik Jawi Terkini & Latih Tubi


Profail Penulis:

Nama Buku : Teknik jawi Terkini & Latih Tubi
Penulis : Ustaz Mansor Bin Mohamed
Asal : Kelantan
Pendidikan : Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pekerjaan : Guru
Pengalaman : 5 Tahun Mengajar & Ceramah.

Pendahuluan

EJAAN JAWI TERKINI MUDAH DAN CEPAT

Sesungguhnya Ejaan Jawi Terkini Merupakan Tulisan Yang Diguna Pakai Dalam Buku Teks Pendidikan Islam Samada Sekolah Rendah Mahupun Sekolah Menengah.

Namun, Hasil Kajian Saya Selama 5 Tahun Saya Dapati Sukar Bagi Guru-Guru Atau Pelajar Untuk Menguasai Ejaan Jawi Terkini Mengikut Ejaan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Malah, Ada di kalangan Guru Masih Lagi Terpengaruh Menggunakan Ejaan Jawi Lama Zaaba.

Bagi Memudahkan Guru-Guru Atau Pelajar Menguasai Ejaan Terkini, Saya Telah Menghasilkan Beberapa Buah Buku Panduan Mudah Untuk Menguasai Ejaan Jawi Terkini Dan Disertai Dengan Latih Tubi. Buku Panduan Dan Latih Tubi ini, Saya Telah Menggunakannya Lebih Daripada 130 Buah Sekolah Khususnya Di Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Pahang Dan Johor.

Bagi Pelajar Sekolah Menengah Yang Sudah Mengenal Huruf Jawi, Ia Mengambil Masa 4 Jam Untuk Menghabiskan Buku Panduan Dan Latih Tubi Tersebut. Bagi Pelajar Yang Belum Mengenal Huruf Jawi ,Ia Akan Mengambil Masa 3 Hari Atau 12 Jam(4 Jam Sehari).

Bagi sekolah atau mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat seminar Jawi daripada saya, atau untuk mendapatkan buku Teknik Jawi Terkini Ini, bolehlah terus berhubung dengan nomber di bawah.

Untuk Sebarang Maklumat , Pertanyaan Atau Tempahan Kurus Jawi,

HUBUNGI SAYA :
MANSOR MOHAMAD.
019-9492277

Profail Buku :

Mengandungi 60 muka surat serta 39 tajuk kecil menerangkan Kaedah-kaedah terkini Tulisan Jawi.
Tajuk telah disusun mengikut kesesuaian bagi memudahkan pembaca.

Antara Kandungan Buku ini…

  • Suku Kata Terbuka (-a-a).
  • Hukum Derlong
  • Hukum ( ka dan ga )
  • Hukum Diftong ( ai,au,oi ).
  • Ejaan Yang Dikekalkan.
  • Homograf
  • Kata Ulang
  • Rangkai Kata
  • Kata Gabung
  • Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris.
  • Perkataan Pinjaman Bahasa Arab
  • Satu Suku Kata
  • Tiga Suku Kata @ Lebih
  • Hukum ( Ha – aha ) dan lain-lain.

Banyak Lagi Rahsia / Kaedah penulisan Jawi Terkini di dalam buku ini.

Mansor Jawi : Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt.

Salam Ukhwah dan salam perkenalan buat semua.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan Hidayah dan Inayah dari Allah, akhirnya Allah swt. telah membuka pintu hati saya untuk cuba mewujudkan blog saya sendiri bagi meneruskan misi dan visi saya dalam memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.

Melalui blog ini, saya berharap dapat memperkembangkan lagi usaha saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan atau tunjuk ajar mengenai "Teknik Jawi Terkini" dari segi ejaan mahupun tulisan terutamanya guru-guru Pendidikan Islam, j-QAF dan KAFA.

Sehingga kini, hampir 5 tahun saya telah berusaha memperkembangkan Jawi di Malaysia, Amnya di Kelantan. Dimasa yang sama, saya juga menjalankan kajian mengenai permasalahan jawi di peringkat sekolah dan bagaimana untuk melahirkan pelajar yang mampu menguasai jawi.

Dalam masa 6 tahun ini, saya telah menghasilkan 4 buah buku berkaitan dengn jawi. Buku tersebut ialah :-
  1. Buku Teknik Jawi
  2. Buku Asas Jawi (Untuk Kanak-kanak)
  3. Panduan Jawi Terkini
  4. Teknik Jawi Terkini & Latih Tubi (2008) - update 2009.
Add ImageTeknik Jawi terkini
"Teknik Jawi Terkini & Latih Tubi" merupakan buku yang paling laris sehingga kini. Untuk tahun 2009, Cetakan pertama pada Januari 2009 telah habis dan kini diteruskan dengan cetakan yang kedua pada pertengahan April 2009.


Sekian dahulu untuk coretan pertama ini, disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Umairy yang banyak membantu dengan memberi tunjuk ajar dalam mewujudkan blog ini. Semoga blog ini akan mendapat perhatian peminat jawi di Malaysia amnya.

Di masa akan datang, saya akan cuba masukkan laporan seminar yang saya adakan di sekolah-sekolah atau di PPD.

Assalamualaikum.